“Dia Hanya Alami Ketika Waktu Maghrib” Lelaki Keluar Suara Wanita Tua Lepas Pembe dahan




“PERTAMA kali tengok video dia mer4cau, memang mer3mang bulu roma saya,” itulah kata-kata Muhammad Haziq Ahmad mengenai satu video yang dimuatnaik di laman Twitternya, baru-baru ini.

Tambah Muhammad Haziq, individu yang mer4cau di dalam video tersebut adalah saudaranya yang ketika itu baharu saja selesai menjalani pembe dahan kerana mengalami kecederaan pa4 rah akibat kemal4ngan jalan raya baru-baru ini.

“Video itu sebenarnya dirakam oleh ahli keluarga yang lain, yang kemudian dikongsi dalam group Whatsapp oleh abang saya. Saya muat naik di Twitter sekadar untuk berkongsi.

“Ketika itu, salah seorang kakak saya sudah memberi amaran, kalau lem4h semangat, jangan buka. Dan memang, ketika saya membukanya, memang mereemang dan apa yang boleh saya katakan, itu bukanlah suara sebenar saudara saya,” katanya.

Dalam video berdurasi 39 saat yang dikongsi di Twitternya, jelas kedengaran suara saudara lelakinya berubah seolah-olah mirip suara seorang wanita tua.

Ketika dirakam, saudara lelakinya baru selesai menjalani pembe dahan memasukkan plat selepas p4tah kedua-dua belah paha, rusuk dan pergelangan kaki akibat kemal4ngan membabitkan dua buah lori.

Menurut Muhammad Haziq, lebih menyeeramkan, saudara lelakinya itu memberitahu sering dikunjungi seseorang yang tidak dikenali menjelang waktu Maghrib.

“Kira-kira seminggu selepas dia kem4langan, saya ada pergi melawatnya. Ketika itulah, dia membuka cerita kepada abang ipar saya bahawa dia sering ternampak sesuatu seperti ada yang melawatnya, tetapi tak nampak muka.

“Anehnya, dia hanya alami kejadian itu sewaktu Maghrib. Kejadian itu katanya berlaku beberapa kali,” cerita anak muda berusia 24 tahun itu.

Bercerita lebih lanjut, Muhammad Haziq berkata, ahli keluarga terdekat kepada saudara lelakinya itu ada mencuba rawatan Islam sebagai alternatif.

“Ada juga sepupu tolong, minta ustaz yang dikenalinya untuk cuba ubatkan. Dari apa yang diberitahu oleh ustaz itu, memang ada sesuatu yang mahu berkawan dengan saudara saya tu. Terpulang mahu percaya atau tidak.

“Tapi, ada juga sesetengah orang yang cakap, meracau tu kesan daripada ubat bius. Wallahualam,”ujarnya.

Tambah Muhammad Haziq, sehingga kini saudaranya masih dirawat di sebuah hospital di pantai timur.

sumber:mstar




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*