“Rempuuhan Boleh Didengari Dari Dalam Ruang Penumpang Kemudian Enjin Pesawat Mengeluarkan Bunyi Bising Yang Pelik”




Seorang juruterbang Rusia diangkat sebagai wira selepas berjaya menyelamatkan ny4wa 230 penumpang selepas pes4wat yang dikendalikannya mer3mpuh sekumpulan burung camar dalam kejadian di Moscow pada Khamis.

Pesaw4t Ural Airlines Airbus 321 itu, yang berlepas dari Lapangan Terbang Zhukovsky di Mosc0w dalam perjalanan menuju ke Crimea, bagaimanapun sempat melakukan pendaratan cem4As di sebuah ladang jagung.

Menurut kenyataan agensi pengangkutan Rosaviatsia,agensi berita RIA Novosti melaporkan, ada antara burung-burung itu disedut masuk ke dalam enjin pes4wat.

Image result for juruterbang lakukan pendaratan cemas di ladang jagung

Kesemua 226 penumpang dan tujuh kru penerbangan diselamatkan menggunakan gelongsor getah.

Menurut laporan kementerian kesihatan negara berkenaan, seramai 23 penumpang di hantar ke hospital,termasuk sembilan kanak-kanak tetapi tidak ada penumpang yang mengalami kecederaan teruk.Namun tiada sebarang kecederaan serius melainkan seorang pesakit berusia 69 tahun yang memerlukan rawatan rapi manakala selebihnya kembali ke lapangan terbang tersebut.

“Ia berlaku terlalu pantas. Kami berlepas dan kemudiannya turun semula,” kata penumpang Irina Usacheva kepada sebuah stesen televisyen tempatan, Rossiya 24.

Menurut Rosaviatsia, pesawat itu mendarat di atas ladang jagung, kira-kira satu kilometer dari landasan, dengan keadaan enjin dimatikan dan tayar pesawat sempat dikeluarkan ketika mendarat.

Menurut Svetlana Babina pula, r3mpuhan berkenaan boleh didengari dari dalam ruang penumpang sebelum enjin pesawat mengeluarkan bunyi bising yang pelik.

sumber:astro awani




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*