Apabila Banyak Keluar Peluh,Banyak Lemak Terbakar Adalah Mitos?Ini Penjelasan Sebenar




Apabila kita bersenam atau bersukan, hampir pasti anggota badan kita akan dibasahi peluh. Kadar peluh yang keluar dari tubuh seseorang adalah berbeza.

Namun, ada yang menganggap bahawa lebih banyak peluh, lebih banyak lemak yang dib4kar. Hakikatnya, ia sekadar mitos dan tidak benar sama sekali.

Perasan tak, kalau kita tidak bersenam, sebagai contoh kita sedang makan makanan pedas ataupun duduk di bilik yang tidak mempunyai kipas atau penghawa dingin pun kita boleh berpeluh?

Ya, sebenarnya di sinilah letaknya fungsi peluh itu sendiri. Apabila suhu badan meningkat, badan kita sendiri akan cuba untuk mencegahnya dengan mengeluarkan peluh.

Image result for banyak lemak terbakar bila banyak berpeluh

Bagaimanapun, ia akan memberikan kesan kepada kandungan atau berat air dalam tubuh badan manusia.

Inilah juga antara sebabnya mengapa kita sering berasa haus ketika berada di bawah terik matahari ataupun selepas bersukan.

Bagi kebanyakan atlet sukan, mengeluarkan peluh sebanyak 1.5 liter dalam tempoh satu jam itu adalah perkara normal. Ia bersamaan dengan kehilangan berat badan sebanyak lebih kurang 1.5 kilogram.

Akan tetapi, ia bukanlah kesan jangka masa panjang. Apabila anda meminum air selepas selesai aktiviti, berat badan anda akan mula meningkat kembali.

Image result for banyak lemak terbakar bila banyak berpeluh

Biarpun berpeluh bukan menandakan lemak anda terb4kar, namun ia boleh menjadi petunjuk bahawa anda melakukan senaman fizikal yang banyak dan betul.

Andaikan peluh itu bermaksud anda membak4r lemak,maka tak perlulah bersenam.Cukup dengan berjemur ditengah panas sahaja.Sauna juga tidak semestinya membak4r lemak,tetapi ia memang memb4kar kalori.

Tiga puluh minit di dalam sauna boleh memb4kar beratus-ratus kalori kerana kesan berpeluh nak sejukkan badan.Tetapi kalori yang terb4kar adalah datang dari pelbagai sumber yang utamanya bukan daripada lemak.

Namun jangan pula atas sebab itu anda tidak mahu meminum air selepas bersenam. Tubuh badan kita memerlukan air yang cukup untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.

Sumber: LiveStrong, 9Coach




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*