Paru-Paru Lelaki Ini Runtuh Lepas Tarik Lagu Tinggi Masa Karaoke




Seorang lelaki dari daerah Nanchang, China dilaporkan mengalami runtuh paru-paru selepas menyanyikan sebuah lagu note agak tinggi.

Lelaki berkenaan dikatakan menyanyikan lagu yang agak tinggi note, hingga menyebabkan beliau mulai rasa sakit dada. Bagaimana pun, beliau mengambil keputusan untuk mengabaikan ketidak selesaan dan rasa sakit itu sehinggalah keesokkan harinya.

Saya sangat teruja dan selepas menyanyikan beberapa lagu dengan ‘notes’ yang tinggi, saya mendapati bahawa diri mengalami kesukaran bernafas.

Beliau yang mula risau dengan keadaan dirinya, segera ke hospital bagi memeriksa kesihatan.

Lelaki berusia 65 tahun ini berkata, beliau tidak pernah mengalami sebarang masalah untuk menyanyikan lagu terbabit, sehinggalah beliau mengalami masalah pernafasan selepas sesi karaoke.

Image result for paru-paru runtuh lepas tarik lagu tinggi masa karaoke

Kejadian yang berlaku di China itu melibatkan seorang lelaki berusia 65 tahun terpaksa menerima rawatan setelah melakukan ‘maraton’ menyanyikan lagu. Menurutnya, dia merasakan kesakitan pada bahagian dada selepas menyanyikan 10 lagu secara berturut-turut.

Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati, paru-paru lelaki ini telah runtuh akibat tekanan udara yang tinggi berpunca daripada nyanyian lagu yang tinggi note.

Tambahnya lagi, kecederaan ini merupakan perkara biasa yang berlaku dalam kalangan lelaki terutamanya mereka yang telah mencapai usia pertengahan umur ataupun lebih tua. Namun, ianya tidak boleh dipandang remeh oleh semua orang kerana kecederaan ini terbukti boleh mer4gut nyawa.

Sumber: SCMP & Era.je




Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*